Wednesday 16 November 2022

PELANCARAN MINGGU STEM 2022

Pada 16 hb Nov 2022 - Rabu 7.30-8.00 pagi, Panitia Sains dan Matematik juga RBT telah bergabung untuk menjalankan Program Panitia dalam Minggu STEM 2022.

Telah berlangsung gimik Pelancaran STEM ini dengan kejutan yang menarik. Sepanjang minggu ini akan berlangsung beberapa aktiviti daripada Panitia Sains dan juga Matematik juga RBT.

Semua murid akan turut serta dan diberi peluang untuk sepanjang aktiviti Minggu STEM ini. Murid dapat mengenali ilmu yang baru dalam Sains juga Matematik.

Terima kasih buat Guru besar dan pentadbir, Guru-guru dan murid-murid kerana memberi kerjasama dalam menjayakan Gimik Pelancaran ini. TAHNIAH... πŸ’πŸ’πŸ’πŸ‘‹πŸ‘‹πŸ‘‹
















SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2022

Pada 11.11.2022 - Jumaat, Sambutan Hari Kanak-kanak 2022 telah dijalankan sepanjang hari tersebut.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Pada hari tersebut telah dijalankan aktiviti seperti Senamrobik, Pakaian Beragam tahap 1 dan Asah bakat nyanyian dan bercerita bagi tahap 2.

Murid-murid SK Antara Gapi memberikan kerjasama yg baik dalam acara tersebut. Semua murid menunjukkan bakat-bakat yang terpendam dalam aktiviti tersebut.

Terima kasih kepada Pibg kerana telah turut memberi sumbangan untuk murid-murid merasai makan McDonald's. 































Terima kasih buat semua murid dan guru yang turut serta menjayakan Program Sambutan Hari Kanak-kanak ini.

TerbaikπŸ‘πŸ‘πŸ‘