Monday, 2 August 2021

Sejarah Sekolah

Pembinaan Sekolah Kebangsaan Antara Gapi adalah secara ”Design and Build”. Lokasi sekolah ini berada kira-kira 2 kilometer dari Kelab Golf Serendah menuju ke arah Utara (Ipoh). Kawasan ini telah dimajukan oleh Pemaju PKNS sebagai Pembangunan Bercampur Sungai Gapi, Mukim Ulu Yam dan Serendah, Daerah Hulu Selangor.              

    Sekolah ini mula dibina mulai 07 Oktober 2003 dan dibuka pada 14 Jun 2004. Pada awal penubuhannya, seramai ­­14 orang guru telah mendaftarkan diri sebagai tenaga pengajar tidak termasuk warga pentadbir sekolah dan seorang kakitangan  bukan guru. Jumlah murid pada awal penubuhan pula adalah sebanyak 197 orang pelajar. Pada tahun berikutnya, jumlah pelajar semakin meningkat. Jumlah pelajar terus meningkat pada tahun 2021 dengan seramai 1007 orang murid telah mendaftar dengan 63 tenaga pengajar , 5 orang pentadbir dan 7 orang kakitangan bukan guru.     

        Kawasan sekolah yang seluas 8.92 ekar di mana  seluas 5.75 ekar  ini terdiri daripada 5 blok bangunan iaitu Blok A, B, C, D dan E. Sekolah ini dilengkapi dengan ruang pejabat, surau, perpustakaan, bilik guru, bilik kaunseling, bilik tayang, bilik mesyuarat, bilik sembahyang, bilik pemulihan, bilik muzik, makmal komputer, makmal sains, bengkel kemahiran hidup, bilik rawatan dan pergigian, bilik koperasi, bilik persalinan, bilik cetak, SPBT dan sebuah kantin. Manakala selebihnya adalah kawasan padang dan  kuarters guru.     

     SK Antara Gapi telah ditadbir oleh tiga orang Guru Besar iaitu Puan Hajah Siti Hajar Binti Haji Ramli sejak sekolah ini dibuka hingga 31 Januari 2012 , Guru Besar En Zulhisham Bin Nasir mulai 1 Mac 2012 sehingga                 dan yang terkini Guru Besar Puan Sarina binti Shaari mulai  2016 sehingga kini.     Adalah menjadi harapan sekolah ini agar anak didik sekolah ini menjadi  ahli masyarakat yang berwawasan, berketrampilan dan berinovatif selaras dengan matlamat Wawasan Pendidikan Negara.

    Semua pembelajaran dilaksanakan pada satu sesi sahaja iaitu pada waktu pagi, memandangkan murid  yang sedikit dan jumlah kelas yang banyak merupakan antara faktor sekolah sesi pagi ini dilaksanakan. Sekolah ini beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali terdapat hari cuti umum atau peristiwa. Setiap hari sekolah memulakan kelas pada jam 7.40 pagi dan tamat pada jam 1.30 tengah hari kecuali pada hari Jumaat sekolah tamat lebih awal iaitu jam 12.00 tengah hari.