Friday 1 October 2021

BAJA KOMPOS ( Kemahiran Melalui Reka Bentuk SK Antara Gapi)

 


MATLAMAT PEMBUATAN BAJA KOMPOS
  • Menggalak murid-murid sekolah mengitar semula sisa buangan dari dapur kantin sekolah, rumah dan persekitaran. Baja kompos yang dihasilkan seterusnya dapat diaplikasikan pada tanaman yang telah sedia ada di sekitar sekolah atau yang baru diusahakan.

OBJEKTIF UMUM
  • Untuk memelihara kesuburan tanah dan nutrisi tanaman
  • Untuk merangsangkan dan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan juga elemen tanah
  • Memulihkan pH tanah dan meningkatkan penyerapan nutrient

OBJEKTIF KHUSUS
  • Memastikan persekitaran sekolah bebas daripada pencemaran udara dan bau dari dapur kantin dan sekitarnya.
  • Menggalakkan murid-murid mencintai alam sekitar melalui aktiviti kitar semula sisa bahan buangan.
  • Mewujudkan rasa tanggungjawab di kalangan murid untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
  • Dapat melestarikan alam dengan penggunaan bahan kitar semula.