Wednesday 2 November 2022

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD ( SERAPI VOLTAGE )

Pada 21 dan 22 Julai 2022 ( Rabu dan Khamis ) , Pasukan Bola Tampar SK Antara Gapi telah menyertai perlawanan dalam Kejohanan MSSD Bola Tampar bawah 12 tahun yang telah berlangsung di Gelanggang Tertutup UPSI. SK Antara Gapi telah menghantar 2 pasukan iaitu pasukan lelaki dan perempuan.








Jurulatih bagi pasukan Bola Tampar SK Antara Gapi ialah Sir Khairi dan Pengurus Pasukan ialah Cikgu Nurul Baizura. Seramai 12 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan telah mewakili sekolah bagi kejohanan ini.








Alhamdulillah....untuk Pasukan Lelaki SK Antara Gapi telah mendapat tempat ketiga dan 3 orang murid telah terpilih untuk mewakili Daerah ke Perlawanan MSSS. Murid tersebut ialah Adik NorHaziq ( 6 Jujur ) , Adik Darwish Ikhwan ( 6 Jujur ) dan Adik Amirul Arsyad ( 6 Cekal ). Latihan pusat telah diadakan di SK Taman Bunga Raya 1. 

Selama 3 bulan latihan telah dibuat bagi memantapkan skill dan teknik dalam Bola Tampar. Murid-murid menunjukkan prestasi yang baik dan bersungguh-sungguh. Disamping itu perlawanan persahabatan dengan SK Rasa juga telah diadakan di Dewan SK Rasa untuk murid merasa keadaan sebenar dalam perlawanan. 


Terima kasih yang tidak terhingga buat Guru Besar Pn Sarina , PK Kokurikulum Pn Norhayati dan pihak pentadbir , Cikgu Hadi yang sudi menhantar murid ke Perlawanan ,rakan-rakan guru juga ibu bapa murid yang banyak membantu dari segi tenaga,sumbangan dan kata-kata semangat. Turut membantu bekas pelajar SK Antara Gapi yang sudi turun bersama semasa sesi latihan .

InsyaAllah Serapi Voltage akan terus bersemangat dan bersedia untuk tahun hadapan. 

Terima kasih....