Friday 4 November 2022

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2022

Pada 30 September 2022 - Jumaat telah berlangsung Kejohanan Sukan Tahunan bagi tahun 2022. Sebelum itu pada 29 September telah di adakan Sukaneka bagi murid tahap 1.


















Terdapat 4 rumah sukan iaitu Merah, Biru, Hijau dan Kuning yang telah diwakili oleh murid utk setiap rumah sukan. Acara yang di adakan ialah 100m,200m,4x100m,4x200m untuk acara balapan. Manakala bagi acara padang ialah Lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru.

Acara yang berlangsung pada pagi kejohanan tersebut ialah Acara Perbarisan dari setiap rumah, kemudian acara akhir  100m, acara untuk pra sekolah dan PPKI, 4x100m dan 4 x 200m. Alhamdulillah, hujan seketika pada pagi tersebut, sukan tetap berlangsung dengan Meriahnya dan semangat kesukanan yg ditunjukkan oleh murid-murid SK Antara Gapi.

Perasmi untuk Kejohanan Sukan Tahunan pada tahun  ini ialah En Firas sebagai YDP Pibg SK Antara Gapi.

Alhamdulillah... Murid-murid SK Antara Gapi menunjukkan semangat dan bakat yg ada pada mereka. Tahniah buat olahragawan dan olahragawati. 






























TAHNIAH BUAT SEMUA MURID SK ANTARA GAPI 🥇🥇🥇🥇

TAHNIAH JUGA BUAT SEMUA GURU SK ANTARA GAPI 👍👍👍🏆🏆🏆