Wednesday 16 November 2022

PROGRAM KEM RIANG RIA

Pada 10.11.2022 - Khamis, Panitia Matematik dan unit pemulihan telah bergabung untuk menjalankan Program Kem Riang Ria Matematik untuk murid tahap 1 yang mendapat PBD TP 1 dan TP 2. Program ini dijalankan bermula 7.30 pagi hingga 12.30 tgh. 

Seramai 50 orang murid yang mengikuti Kem ini telah memberi kerjasama yang baik. 

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan secara kerjasama oleh Panitia Matematik dan Unit Pemulihan Khas Sk Antara Gapi. Satu program yang akan membantu murid-murid lemah matematik (sasaran dari data PBD TP 1 dan TP 2) secara individu untuk memastikan penguasaan kemahiran matematik murid-murid yang disasarkan.

Program ini juga dirancang untuk memberi ruang dan peluang kepada murid untuk merasai dan mempelajari unit-unit sukatan pelajaran dengan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang lebih menarik dan berkesan. Kem ini sememangnya mempunyai perbezaan yang ketara dalam soal penyampaian PdP kepada murid kerana aktiviti-aktiviti PdP yang dirancangkan menekankan aspek didik hibur, bermain sambil belajar dan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang lebih berunsur idea baharu.























#serapiexcellent